Amendment Act · As enacted
Akta Agensi Persendirian (Pindaan) 2026
Amends the Private Agencies Act 1971Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Persendirian
(Pindaan) 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 3
Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3—
dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan
“; dan apabila mengeluarkan lesen itu atau membaharuinya di bawah subseksyen (4) Menteri boleh mengenakan syarat ke atas lesen itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini”;
Undang-Undang Malaysia 4
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Tertakluk kepada pembayaran fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah sah hingga 31 Disember dalam tahun kalendar yang sama atau 31 Disember dalam tahun kalendar yang berikutnya yang lesen itu dikeluarkan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas pengeluaran lesen itu di bawah subseksyen (2) dan lesen itu boleh diperbaharui selepas pembayaran fi yang ditetapkan.
Apabila mengeluarkan lesen itu atau memperbaharuinya di bawah subseksyen (2a),
Menteri boleh mengenakan syarat ke atas lesen itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Mana-mana orang yang telah dikeluarkan suatu lesen di bawah subseksyen (1) boleh memohon untuk lesen tambahan bagi pejabat cawangan agensi persendiriannya untuk menjalankan perniagaan agensi persendirian jenis yang sama seperti yang telah dilesenkan kepadanya.”; dan
dengan memotong subseksyen (4).
s 3Pemotongan seksyen 5
Seksyen 5 Akta ibu dipotong.
s 4Pindaan seksyen 9
Seksyen 9 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis”
dengan perkataan “Ketua Polis Negara”;
Agensi Persendirian (Pindaan)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Sesuatu agensi persendirian berlesen yang hendak mengambil seseorang bekerja hendaklah memohon suatu surat kelulusan kepada Ketua Polis Negara dan permohonan itu hendaklah mengikut bentuk dan hendaklah mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis”
dengan perkataan “Ketua Polis Negara”;
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis”
dengan perkataan “Ketua Polis Negara”; dan
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis”
dengan perkataan “Ketua Polis Negara”.
s 5Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda dalam perenggan (b) dengan menggantikan perkataan “Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis”
dengan perkataan“Ketua Polis Negara”.
s 6Seksyen baharu 18a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, dsb.
s 18aSection 18a
Menteri boleh mengeluarkan apa-apa arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.”.