Akta Ahli Kimia (Pindaan) 2015 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 25 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“bersalah atas suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama satu tahun” dengan perkataan
“melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.