Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2015

Feedback & supportAmends the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Parlimen (Saraan)

(Pindaan) 2015.

(2)

Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.

s 2Pindaan seksyen 3

Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(1)—

(a)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“empat ribu satu ratus dua belas ringgit dan tujuh puluh sembilan sen” dengan perkataan “sebelas ribu ringgit”;

dan

UNDANG-UNDANG malaysia

AKTA ahli parlimen (saraan) (Pindaan) 2015

A1491 BM.indd 3 7/7/15 12:14:17 PM

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “enam ribu lima ratus lapan ringgit dan lima puluh sembilan sen” dengan perkataan “enam belas ribu ringgit”.

s 3Pindaan seksyen 4

Seksyen 4 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a) dan (b), dengan menggantikan perkataan “empat belas ribu sembilan ratus tujuh ringgit dan dua puluh sen” dengan perkataan “tiga puluh satu ribu ringgit”; dan

(b)

dalam perenggan (c) dan (d), dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu lapan ratus empat puluh tujuh ringgit dan enam puluh lima sen” dengan perkataan

“dua puluh dua ribu ringgit”.

s 4Pembayaran gaji dan elaun walau apa pun seksyen 7

Walau apa pun seksyen 7 Akta ibu, gaji dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam pindaan kepada seksyen 3 dan 4 Akta ibu dalam seksyen 2 dan 3 Akta ini, dan yang kena dibayar, hendaklah bermula dari 1 Januari 2015 atau dari tarikh pelantikan atau pemilihan, mengikut mana-mana yang terkemudian, Ahli

Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Negara dan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Rakyat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

A1491 BM.indd 4 7/7/15 12:14:17 PM