Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian IV · Memenuhi Kehendak Undang-Undang Melalui Cara Elektronik
14. Meterai
Feedback & support(1)
Jika mana-mana undang-undang menghendaki meterai dicapkan pada suatu dokumen, kehendak undang-undang itu dipenuhi jika dokumen itu adalah dalam bentuk suatu mesej elektronik, oleh suatu tandatangan digital sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Tandatangan Digital 1997.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, menetapkan apa-apa tandatangan elektronik lain yang memenuhi kehendak mengecapkan suatu meterai dalam suatu mesej elektronik.