Skip to content
In forceUpdated to 30 Jan 2020Read it in English

Act of Parliament

Akta Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2020

Feedback & supportRepeals the law on fake news

The text

Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR

(PEMANSUHAN) 2020

Undang-Undang Malaysia 2

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

20 Januari 2020

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

30 Januari 2020

Hakcipta Pencetak H

Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan)

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

[

]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Antiberita Tidak Benar

(Pemansuhan) 2020.

s 2Pemansuhan dan kecualian

(1)

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 [Akta 803] dimansuhkan.

(2)

Pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 tidak menjejaskan apa-apa perintah yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR

(PEMANSUHAN) 2020

Undang-Undang Malaysia 4

(3)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa permohonan bagi suatu perintah di bawah Akta yang dimansuhkan yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding berkenaan dengan permohonan itu yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan seolah-olah Akta yang dimansuhkan masih berkuat kuasa.

(4)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta yang dimansuhkan yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan seolah-olah Akta yang dimansuhkan masih berkuat kuasa.