Akta Arkib Negara 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Lembaga Penasihat
14. Keanggotaan Lembaga
Feedback & support(1)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Pengerusi, yang dilantik oleh Menteri;
Arkib Negara 17
(b)
Ketua Pengarah; dan
(c)
tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang anggota, yang dilantik oleh Menteri.
(2)
Anggota Lembaga selain Ketua Pengarah hendaklah dilantik mengikut bidang kepakaran mereka dan, tertakluk kepada seksyen 16 dan 17, memegang jawatan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri.