Akta Arkib Negara 2003 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII
45. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
menetapkan tatacara bagi pewujudan, pengelasan dan pengurusan rekod awam semasa;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 629 30
menetapkan tatacara bagi kajian semula, pengelasan semula atau penghapusan pengelasan apa-apa rekod yang dalam jagaan atau di bawah kawalan Arkib Negara;
menetapkan borang bagi maksud Akta ini;
menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan akses kepada arkib awam dan rekod terperingkat;
menetapkan pengurusan arkib menteri dan arkib memorial dan apa-apa harta lain Arkib Negara dan pengauditan akaunnya;
menetapkan terma dan syarat untuk dikenakan ke atas penggunaan, penghasilan semula dan penerbitan arkib;
menetapkan terma dan syarat untuk dikenakan ke atas arkib yang dieksport;
menetapkan pengurusan rekod awam dalam jagaan atau di bawah kawalan pejabat awam termasuklah pengawasan program pengurusan rekod di pejabat awam itu;
menetapkan perkara tentang penubuhan Pusat Rekod Agensi untuk menyenggarakan dan memelihara rekodnya sendiri;
dan
menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya ditetapkan.