Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Akta Badan Berkanun (Kuasa Meminjam) 1999

Feedback & supportRules on borrowing by statutory bodies and their companies

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Badan Berkanun (Kuasa

Meminjam) 1999.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“badan berkanun” ertinya mana-mana pertubuhan yang ditubuhkan oleh undang-undang persekutuan;

“Menteri”, berhubung dengan sesuatu badan berkanun, ertinya

Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi badan berkanun itu;

“perbadanan” ertinya sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh suatu badan berkanun menurut kuasa yang diberikan kepada badan berkanun itu di bawah undang-undang persekutuan yang menubuhkan badan berkanun itu;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 598 6

“syarikat” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125] oleh suatu badan berkanun menurut kuasa yang diberikan kepada badan berkanun itu di bawah undang-undang persekutuan yang menubuhkan badan berkanun itu.

(1)

Akta ini hendaklah terpakai bagi semua badan berkanun dan semua syarikat dan perbadanan yang ditubuhkan oleh badan berkanun itu.

(2)

Peruntukan Akta ini hendaklah dibaca bersama dan ditafsirkan sebagai satu dengan peruntukan undang-undang persekutuan yang menubuhkan badan berkanun itu atau perbadanannya.

(1)

Sekiranya ada apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan undang-undang persekutuan yang menubuhkan badan berkanun itu atau perbadanannya, maka peruntukan Akta ini hendaklah menggantikan peruntukan yang bercanggah atau tidak selaras dalam undang-undang persekutuan itu setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu.

(2)

Peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan yang selaras atau tidak bercanggah dengan peruntukan Akta ini hendaklah terus terpakai.

s 5Kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan

Sesuatu badan berkanun atau sesuatu syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan oleh suatu badan berkanun tidak boleh meminjam wang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Menteri dan Menteri

Kewangan.

Badan Berkanun (Kuasa Meminjam)

7

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

TIADA –

Undang-Undang Malaysia

AKTA 598 8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA –