Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2020

Feedback & supportAmends the Central Bank of Malaysia Act 2009

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Negara

Malaysia (Pindaan) 2020.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pemotongan seksyen 62, 63 dan 64

Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memotong seksyen 62, 63 dan 64.

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Seksyen baharu 66a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 66

seksyen yang berikut:

“66a. Kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta Mata Wang 2020 [Akta 827] adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta ini.”.

s 4Pindaan seksyen 76

Seksyen 76 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini” perkataan “atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain”.