Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 · Updated to 1 Sep 2024 · Bahagian IV · Pelbagai
44. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberi kesan sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
, peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
mengadakan peruntukan bagi pemindahan dan pengembalian banduan atau orang di bawah tahanan bagi penyerahannya secara sementara ke suatu Negara asing yang ditetapkan di bawah seksyen 28;
menetapkan tatacara bagi menguatkuasakan perintah pelucuthakan asing;
menetapkan borang bagi maksud Akta ini;
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini;
dan
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
57
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1709
Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara
Jenayah (Pindaan) 2024
01-09-2024
58
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A1709 01-09-2024 3
Akta A1709 01-09-2024 7
Akta A1709 01-09-2024 13
Akta A1709 01-09-2024 19
Akta A1709 01-09-2024 20
Akta A1709 01-09-2024 23
Akta A1709 01-09-2024 31
Akta A1709 01-09-2024 34
Akta A1709 01-09-2024 36
Akta A1709 01-09-2024 38
Akta A1709 01-09-2024 41A
Akta A1709 01-09-2024