Skip to content

Seksyen 3

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian I

of Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 3 of 12
Seksyen 3

Bahagian yang berikut:

“Bahagian Ia

KHIDMAT BANTUAN GUAMAN

Khidmat bantuan guaman 2a.  (1)  Khidmat bantuan guaman yang diberikan di bawah

Akta ini hendaklah terdiri daripada yang berikut:

(a)

bantuan guaman dalam kes jenayah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian III;

(b)

bantuan guaman dalam tindakan sivil sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IV;

(c)

nasihat guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian V;

(d)

khidmat pengantaraan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian Va; dan

(e)

khidmat pendamping guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian Vb.

(2)

Khidmat bantuan guaman yang disebut dalam subseksyen (1)

boleh diberi kepada warganegara Malaysia sahaja.

Fi pendaftaran

Quoted provision

Seksyen 2b

(1)

Mana-mana orang yang telah layak bagi bantuan guaman di bawah Akta ini adalah dikehendaki untuk membayar kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman fi pendaftaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Bantuan Guaman (Pindaan)

(2)

Fi pendaftaran yang dibayar di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibelanjakan bagi maksud mentadbir khidmat bantuan guaman.”.