Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2024
Sections
7
Languages
MS · EN

Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1739 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1739

AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1739

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

2 Julai 2024

Tarikh penyiaran dalam Warta

... 26 November 2024

Hakcipta Pencetak H

Bekalan Elektrik (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik

(Pindaan) 2024.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan tajuk panjang

Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan memotong perkataan “dan penggunaan elektrik dengan cekap”.

Pindaan seksyen 4

Seksyen 4 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (k), dengan memotong perkataan

“penggunaan elektrik dengan cekap,”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1739

AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1739

(b)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam perenggan (ga), dengan menggantikan perkataan “efficient” dengan perkataan

“effective”; dan

Pindaan seksyen 11

Subseksyen 11(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “cekap” dengan perkataan “berkesan”.

Pindaan seksyen 53

Subseksyen 53(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (xa), (xj) dan (xk).

Kecualian dan peralihan

(1)

Apa-apa permohonan bagi dan pengeluaran, suatu

Perakuan Kelulusan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap di bawah Akta ibu yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat dan hendaklah diuruskan oleh Suruhanjaya di bawah peruntukan berkaitan Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 [Akta...].

(2)

Apa-apa Perakuan Kelulusan berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap yang dikeluarkan di bawah Akta ibu dan masih berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dikeluarkan di bawah

Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 dan hendaklah terus sah sehingga Perakuan Kelulusan itu tamat tempoh atau dibatalkan oleh Suruhanjaya.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(3)

Apa-apa laporan ujian prestasi tenaga, yang dibuat berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap di bawah

Akta ibu sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat dengan sah di bawah

Akta Konservasi dan Kecekapan Tenaga 2024 dan hendaklah terus sah untuk tempoh lima tahun dari tarikh laporan itu atau sehingga laporan itu dibatalkan oleh Suruhanjaya.

(4)

Apa-apa notis, perintah atau larangan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.

(5)

Apa-apa tindakan, penyitaan, pendakwaan atau prosiding yang diambil, dibuat, dimulakan atau belum selesai berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(6)

Mana-mana peruntukan dalam perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perenggan 53(xa), (xj) dan (xk) Akta ibu yang dipotong hendaklah berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024.

Common questions

What is Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024?
Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1739 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 still in force?
Yes — Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 is currently in force.
When did Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 take effect?
Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 have?
Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 contains 7 sections.
Where can I read the official version of Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024?
The official text of Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2024 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.