Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta BERNAMA
(Pindaan) 2025.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta BERNAMA 1967 [Akta 780], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “Lembaga”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan koma bernoktah; dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA BERNAMA (PINDAAN) 2025
Undang-Undang Malaysia 4
dengan memasukkan selepas takrif “Lembaga” takrif yang berikut:
‘ “organisasi media” ertinya mana-mana entiti yang menjalankan aktiviti penyebaran berita atau bahan berita melalui surat khabar, penerbitan, radio, televisyen, atau apa-apa bentuk komunikasi massa yang lain, termasuk platform elektronik atau digital.’.
s 3Pindaan seksyen 7
Seksyen 7 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (2)(c), dengan menggantikan perkataan
“tuan punya surat khabar di Malaysia yang” dengan perkataan “organisasi media di Malaysia yang”;
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“tuan punya surat khabar di Malaysia yang” dengan perkataan “organisasi media di Malaysia yang”; dan
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“tuan punya surat khabar di Malaysia yang” dengan perkataan “organisasi media di Malaysia yang”.
s 4Pindaan seksyen 10
Perenggan 10(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “surat khabar, radio atau televisyen yang merupakan pelanggan” dengan perkataan “pelanggan”.
s 5Pindaan seksyen 11
Perenggan 11(1)(c) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “surat khabar di Malaysia” dengan perkataan
“organisasi media di Malaysia yang merupakan pelanggan
BERNAMA”.
5
s 6Penggantian seksyen 21
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut:
s 21“Pelanggan
Golongan yang berikut berhak membuat perkiraan untuk mendapatkan perkhidmatan BERNAMA:
organisasi media; dan
mana-mana institusi, badan, organisasi, individu atau mana-mana pelanggan lain, yang dibenarkan oleh
Lembaga.”.
s 7Pindaan seksyen 25
Seksyen 25 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“surat khabar yang” dengan perkataan “organisasi media yang”; dan
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“surat khabar” dengan perkataan “organisasi media”.
s 8Pindaan Jadual
Jadual kepada Akta ibu dipinda—
dalam Bahagian I—
dalam perenggan 1—
dengan menggantikan subperenggan (2)
dengan subperenggan yang berikut:
“(2) Anggota Lembaga yang mewakili organisasi media hendaklah memegang jawatan sebagai wakil organisasi media mereka.”; dan
Undang-Undang Malaysia 6
dengan menggantikan subperenggan (3)
dengan subperenggan yang berikut:
“(3) Empat orang anggota Lembaga yang mewakili Kerajaan Malaysia hendaklah merupakan wakil daripada
Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri.”;
dengan menggantikan subsubperenggan 3(2)(a)
dengan subsubperenggan yang berikut:
“(a) seseorang anggota yang mewakili suatu organisasi media, anggota Lembaga itu hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan organisasi media yang diwakilinya, atau apabila organisasi media yang diwakilinya itu tidak lagi menjadi pelanggan BERNAMA; dan”;
dengan menggantikan subperenggan 4(1) dengan subperenggan yang berikut:
“(1) Tatacara yang berikut hendaklah diterima pakai bagi mengisi kekosongan dalam
Lembaga yang timbul daripada apa-apa sebab yang disenaraikan dalam perenggan 3:
dalam hal anggota yang mewakili organisasi media, pelantikan bagi maksud mengisi apa-apa kekosongan hendaklah dibuat atas syor organisasi media yang wakilnya telah mengosongkan jawatannya; dan 7
dalam hal suatu kekosongan yang timbul disebabkan oleh organisasi media yang wakilnya diwakili dalam
Lembaga tidak lagi menjadi pelanggan
BERNAMA, organisasi media yang masih menjadi pelanggan BERNAMA hendaklah membuat syor kepada
Yang di-Pertuan Agong.”; dan
dalam subperenggan 5(4), dengan menggantikan perkataan “tuan punya surat khabar” dengan perkataan “organisasi media”; dan
dalam Bahagian II, dalam subperenggan 3(2), dengan menggantikan perkataan “sesuatu surat khabar, radio atau televisyen yang menjadi pelanggan” dengan perkataan
“pelanggan”.