Seksyen 6
Rayuan terhadap pengeluaran nama daripada Daftar
(1)
Mana-mana orang yang terkilan dengan pengeluaran namanya daripada Daftar di bawah subseksyen 5(2) boleh, dalam masa tiga bulan dari penyiaran notis itu dalam Warta, merayu secara bertulis kepada Menteri terhadap pengeluaran itu.
Bidan 13
(1A)
Menteri boleh, dalam menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (1), mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan yang dirayukan itu.
(2)
Keputusan Menteri mengenai apa-apa rayuan di bawah seksyen ini adalah muktamad.
(3)
Mana-mana orang yang namanya telah dikeluarkan daripada
Daftar menurut subseksyen 5(2) hendaklah, jika rayuannya dibenarkan, dengan serta-merta dimasukkan semula dan dikeluarkan suatu perakuan pendaftaran baharu oleh Lembaga; dan fakta pemasukan semula itu hendaklah disiarkan dalam Warta dalam masa tiga puluh hari dari pemasukan semula itu.