Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006
Bankers' Books (Evidence) Act 1949
Feedback & supportEvidence rules for bankers' booksOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 033bSection 033b
fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:46 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH
MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
CAWANGAN KUALA LUMPUR
2006 2
Pertama kali diperbuat…
…
…
1949 (Ordinan No. 52
tahun 1949)
Disemak
…
…
…
…
…
1971 (Akta 33 m.b.d.
1 Julai 1971)
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama …
…
1993
Cetakan Semula Yang Kedua
…
…
1999 033b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:46 PM
3
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bank” dan “jurubank” ertinya mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan perbankan di Malaysia dan yang diperbadankan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia dan mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan sedemikian di Malaysia di bawah suatu lesen yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia berhubung dengan perbankan, dan juga mana-mana Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan di Malaysia;
“buku jurubank” termasuklah mana-mana lejar, buku harian, buku wang tunai, buku akaun dan apa-apa buku yang lain yang digunakan dalam urusan biasa sesuatu bank;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi dan berkaitan dengan apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Sesyen termasuklah
Mahkamah itu;
s 033bSection 033b
fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:46 PM
6
Undang-Undang Malaysia
“prosiding undang-undang” ertinya apa-apa prosiding atau siasatan sivil atau jenayah yang dalamnya keterangan diberikan atau boleh diberikan dan termasuklah sesuatu timbang tara.
s 3Cara pembuktian catatan dalam buku jurubank
Tertakluk kepada Akta ini, salinan apa-apa catatan dalam buku jurubank hendaklah diterima dalam semua prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai catatan itu dan mengenai perkara, urusan dan akaun yang direkodkan dalamnya.
Salinan sesuatu catatan dalam buku jurubank tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah Akta ini melainkan jika dibuktikan terlebih dahulu bahawa pada masa catatan itu dibuat buku itu ialah satu daripada buku biasa bank itu, dan bahawa catatan itu telah dibuat dalam perjalanan lazim dan biasa perniagaan, dan bahawa buku itu dalam jagaan atau kawalan bank itu.
Bukti sedemikian boleh diberikan oleh seseorang pegawai bank itu, dan boleh diberikan secara lisan atau dengan afidavit yang dibuat dengan bersumpah di hadapan mana-mana majistret atau orang yang diberi kuasa untuk mengambil afidavit.
Salinan sesuatu catatan dalam buku jurubank tidak boleh diterima sebagai keterangan di bawah Akta ini melainkan jika dibuktikan selanjutnya bahawa salinan itu telah diteliti bersama dengan catatan asal dan adalah betul.
Bukti sedemikian hendaklah diberikan oleh seseorang yang telah meneliti salinan itu bersama dengan catatan asal, dan boleh diberikan sama ada secara lisan atau dengan afidavit yang dibuat dengan bersumpah di hadapan mana-mana majistret atau orang yang diberi kuasa untuk mengambil afidavit.
s 6Kes yang dalamnya pegawai bank tidak boleh dipaksa mengemukakan buku, dsb
Seseorang pegawai sesuatu bank tidak boleh, dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya bank itu tidak menjadi satu pihak, dipaksa supaya mengemukakan mana-mana 033b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:46 PM
Buku Jurubank (Keterangan)
7
buku jurubank yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah
Akta ini atau supaya hadir sebagai saksi untuk membuktikan perkara, urusan dan akaun yang direkodkan dalam buku itu, melainkan dengan perintah Hakim yang dibuat atas sebab khas.
Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding undang-undang
Mahkamah atau
Hakim boleh memerintahkan bahawa pihak itu bebas memeriksa dan membuat salinan mana-mana catatan dalam sesuatu buku jurubank bagi apa-apa maksud prosiding itu.
Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat sama ada dengan atau tanpa memanggil bank itu atau mana-mana pihak lain, dan hendaklah disampaikan kepada bank itu tiga hari genap sebelum perintah itu dikehendaki supaya dipatuhi melainkan jika
Mahkamah atau Hakim mengarahkan selainnya.
Kos apa-apa permohonan kepada Mahkamah atau Hakim di bawah Akta ini, dan kos apa-apa jua yang dilakukan atau dikehendaki supaya dilakukan di bawah sesuatu perintah Mahkamah atau Hakim yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah mengikut budi bicara Mahkamah atau Hakim itu, yang boleh memerintahkan supaya kos itu atau mana-mana bahagiannya dibayar oleh bank itu kepada mana-mana pihak jika kos itu telah disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau kelewatan pada pihak bank itu.
Apa-apa perintah sedemikian terhadap sesuatu bank boleh dikuatkuasakan seolah-olah bank itu ialah suatu pihak dalam prosiding itu.
s 033bSection 033b
fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:46 PM
8
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U.
95/1971
Perintah Ordinan (Keterangan) Buku
Banker (Perluasan) 1971 01-05-1971 033b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:46 PM
9
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA –