Seksyen 41
Seksyen 41
Pendaftar hendaklah, atas permohonan yang dibuat oleh tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan dengan cara yang ditetapkan dan dalam tempoh yang ditetapkan, membaharui pendaftaran cap dagangan itu selama tempoh empat-belas tahun dari tarikh tamatnya pendaftaran asal, atau dari tarikh tamatnya pembaharuan pendaftaran yang akhir, mengikut mana yang berkenaan, dan tarikh ini hendaklah kemudian daripada ini disebut "sebagai tarikh tamatnya pendaftaran yang akhir".
(2)
Pada masa yang ditetapkan sebelum tarikh tamatnya pendaftaran yang akhir bagi sesuatu cap dagangan, Pendaftar hendaklah menghantar notis dengan cara yang ditetapkan kepada tuanpunya berdaftarnya mengenai tarikh tamatnya pendaftaran yang akhir dan syarat-syarat tentang pembayaran bayaran yang membolehkan pembaharuan pendaftaran didapatkan dan jika syarat-syarat itu tidak dipatuhi dengan sewajarnya, Pendaftar boleh menghapuskan cap dagangan itu dari Daftar tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, yang ditetapkan tentang kemasukannya semula dalam Daftar
(3)
...