Skip to content

Seksyen 47

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 47 of 83

Seksyen 47

(1)

Jika seseorang menjadi berhak kepada suatu cap dagangan berdaftar melalui penyerahakan atau perpindahan, orang itu hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar untuk mendaftarkan haknya itu dan Pendaftar hendaklah, apabila menerima permohonan itu dan bukti mengenai hak itu dengan memuaskan hatinya, mendaftarkan orang itu sebagai tuanpunya cap dagangan itu mengenai barang-barang yang mengenainya penyerahakan atau perpindahan itu berkuatkuasa dan juga mengarahkan supaya butir-butir penyerahakan atau perpindahan itu dicatitkan dalam Daftar.

(2)

Sesuatu keputusan Pendaftar di bawah seksyen-kecil

(1)

adalah tertakluk kepada rayuan kepada Mahkamah.

(3)

Kecuali mengenai sesuatu rayuan di bawah seksyen ini atau mengenai sesuatu permohonan di bawah seksyen 45, sesuatu dokumen atau suratcara yang mengenainya tiada apa-apa catitan telah dibuat dalam Daftar mengikut peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) tidak boleh. melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya, diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah bagi membuktikan hak ke atas sesuatu cap dagangan berdaftar.