Seksyen 51
Seksyen 51
Tertakluk kepada apa-apa perjanjian yang masih ada antara pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan dengan tuanpunya berdaftar cap dagangan itu, pengguna berdaftar itu adalah berhak meminta tuanpunya berdaftar itu mengambil langkah-langkah pembicaraan kerana pelanggaran terhadap cap dagangan itu, dan jika tuanpunya berdaftar itu enggan atau cuai berbuat demikian dalam tempoh dua bulan selepas diminta sedemikian maka pengguna berdaftar itu boleh mengambil langkah-langkah pembicaraan kerana pelanggaran itu atas namanya sendiri seolah-olah ia adalah tuanpunya berdaftar dan hendaklah menjadikan tuanpunya berdaftar itu seorang pihak kenatuntut.
(2)
Seseorang tuanpunya berdaftar yang dijadikan seorang pihak kenatuntut sedemikian tidaklah bertanggung membayar kos melainkan jika ia memasukkan surathadiran dan mengambil bahagian dalam pembicaraan itu.