Skip to content

Seksyen 57

of Akta Cap Dagangan 1976

ActIn forceProvision 57 of 83

Seksyen 57

(1)

Jika sesuatu cap dagangan yang terdiri daripada sesuatu perkataan atau beberapa perkataan yang dicipta telah menjadi sebegitu terkenal berkenaan dengan apa-apa barang/yang mengenainya ia didaftarkan dan, yang berhubung dengannya ia telah digunakan, hingga penggunaannya berhubung dengan barang-barang/lain mungkin dikira sebagai menunjukkan suatu hubungan dalam perjalanan perdagangan antara barang-barang/yang lain itu dengan

1888△△

x $ \Delta \Delta 8 8 1 $

seseorang yang berhak menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang pertama tersebut itu, maka walaupun tuanpunya yang didaftarkan mengenai barang-barang yang pertama tersebut itu tidak menggunakan atau tidak bercadang untuk menggunakan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang yang lain itu dan walau apapun peruntukan seksyen 46 cap dagangan itu boleh, atas permohonan yang dibuat dengan cara yang ditetapkan oleh tuanpunya yang didaftarkan mengenai barang-barang yang pertama tersebut itu, didaftarkan atas namanya mengenai barang-barang yang lain itu sebagai suatu cap dagangan pertahanan dan semasa didaftarkan sedemikian cap dagangan itu tidak boleh dipotong dari Daftar mengenai barang-barang yang lain itu di bawah seksyen 46.

(2)

Tuanpunya berdaft

(2)

Tuanpunya berdaftar sesuatu cap dagangan boleh memohon untuk mendaftarkan cap dagangan itu mengenai apa-apa barang/sebagai sesuatu cap dagangan pertahanan walaupun cap dagangan itu telah pun didaftarkan atas namanya mengenai barang-barang/itu sebagai sesuatu cap dagangan yang lain daripada suatu cap dagangan pertahanan, atau boleh memohon untuk mendaftarkan cap dagangan itu mengenai apa-apa barang/sebagai sesuatu cap dagangan yang lain daripada sebagai suatu cap dagangan pertahanan walaupun cap dagangan itu telah pun didaftarkan atas namanya mengenai barang-barang/itu sebagai suatu cap dagangan pertahanan bagi menggantikan, dalam tiap-tiap satunya, pendaftaran yang sedia ada.