Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2017

Amends the Labuan Business Activity Tax Act 1990

The text

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN

(PINDAAN) 2017

Undang-Undang Malaysia 2

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

2 Mei 2017

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

18 Mei 2017

Hakcipta Pencetak H

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN

(PINDAAN) 2017

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Labuan 1990.

[

]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan

Labuan (Pindaan) 2017.

s 2Pindaan seksyen 21

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]

dipinda dalam seksyen 21—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “dan menetapkan penalti bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan dalam mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini”; dan

Undang-Undang Malaysia 4

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi apa-apa pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu.”.