Amendment Act · As enacted
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024
Feedback & supportAmends the Labuan Business Activity Tax Act 1990The text
Cukai Aktiviti Perniagaan (Pindaan) Labuan 1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN
(PINDAAN) 2024
2
Undang-Undang Malaysia
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
9 Mei 2024
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
20 Mei 2024
Hakcipta Pencetak H
Cukai Aktiviti Perniagaan (Pindaan) Labuan 3
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan
Labuan 1990.
[
]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan
Labuan (Pindaan) 2024.
Seksyen 2 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.
s 2Pindaan seksyen 22da
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]
dipinda dalam seksyen 22da dengan menggantikan subseksyen (6)
dengan subseksyen yang berikut:
“(6) Tertakluk pada syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang—
memperoleh apa-apa barang yang dijual atau menikmati apa-apa perkhidmatan yang dilaksanakan; atau
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN
(PINDAAN) 2024
4
Undang-Undang Malaysia
menyediakan platform perdagangan elektronik berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh mana-mana orang lain, orang itu hendaklah bagi tahun taksiran itu mengeluarkan suatu invois bil kendiri mengikut syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dan invois itu hendaklah dianggap sebagai suatu invois elektronik.”.