Seksyen 108
Perjanjian berperingkat atau berkala
Jika apa-apa jualan barang bercukai dibuat di bawah suatu perjanjian bagi suatu tempoh atau secara berperingkat bagi suatu tempoh sama ada atau tidak pada lat tempoh yang tetap dan tempoh itu bermula sebelum 1 Jun 2018 dan berakhir selepas tarikh efektif, bahagian jualan yang dihubungkaitkan dengan bahagian bagi tempoh selepas tarikh efektif hendaklah dikenakan cukai jualan.
(2)
Jika jualan yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat di bawah suatu waranti sama ada yang nyata, tersirat atau dikehendaki oleh undang-undang dan nilai waranti itu dimasukkan ke dalam harga barang itu, tiada cukai jualan boleh dikenakan ke atas penggantian barang itu di bawah waranti itu.
(3)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi penjualan barang yang cukai barang dan perkhidmatan di bawah *Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 telah dibayar atas penjualan barang itu setakat yang diliputi oleh invois itu.
*CATATAN—Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah dimansuhkan oleh
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805] yang berkuat kuasa pada 1 September 2018—lihat seksyen 3 Akta 805. Seterusnya, Akta 805 telah dimansuhkan.
Cukai Jualan 121