Skip to content

Seksyen 37

Pembayaran semula cukai jualan berhubung dengan hutang lapuk

of Akta Cukai Jualan 2018

ActIn forceProvision 44 of 131
Seksyen 37

Jika pembayaran balik cukai jualan telah dibuat di bawah seksyen 36 oleh Ketua Pengarah kepada orang yang disebut dalam subseksyen 36(1) dan apa-apa bayaran berkenaan dengan jualan barang bercukai yang baginya cukai jualan itu kena dibayar kemudiannya diterima oleh orang itu, orang itu hendaklah membayar semula kepada Ketua Pengarah suatu amaun yang dikira mengikut formula yang berikut:

A x C

B iaitu

A ialah bayaran yang diterima berkenaan dengan jualan barang bercukai itu;

B ialah nilai jualan barang bercukai itu ditambah dengan cukai jualan yang kena dibayar ke atas barang bercukai itu; dan

C ialah cukai jualan yang kena dibayar ke atas barang bercukai itu.