Seksyen 69A
Kuasa untuk mengelak
Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk memindahkan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai cukai jualan yang hak boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang, dokumen, artikel atau benda itu, atau tempat, premis, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang di dalamnya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai.
(2)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (1) atau memindahkan barang, dokumen, artikel, benda, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
Cukai Jualan 83