Seksyen 98
Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada
Jika seorang penerima bagi harta mana-mana orang yang bertanggungan bagi apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar dilantik, penerima itu hendaklah memberikan notis mengenai pelantikan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas itu, dan hendaklah sebelum melupuskan apa-apa aset orang itu mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa cukai jualan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan barang bercukai yang telah dijual, dikilangkan, dibeli atau diperoleh oleh orang itu sebelum pelantikan penerima itu, dan hendaklah membayar cukai jualan itu.
(2)
Mana-mana penerima yang dilantik di bawah subseksyen (1)
yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai jualan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai jualan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.
(3)
Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(4)
Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai penerima, kewajipan dan tanggungan yang dikenakan ke atas seorang penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan ke atas semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.
112 Undang-Undang Malaysia AKTA 806