Seksyen 8
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 109
of Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022
jadual yang berikut:
“Jadual
[Seksyen 11b]
UBAH SUAIAN KEPADA PERUNTUKAN AKTA CUKAI JUALAN 2018
YANG TERPAKAI BAGI BARANG BERNILAI RENDAH
(1)
Peruntukan Akta ini
(2)
Ubah suaian
Seksyen 2
Dalam tafsiran “orang kena cukai” gantikan perkataan
“seorang pengilang berdaftar atau seorang pengilang”
dengan perkataan “penjual berdaftar atau penjual”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1671
(1)
Peruntukan Akta ini
(2)
Ubah suaian
Seksyen 8
Gantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:
“Pengenaan dan skop cukai jualan
Quoted provision
Seksyen 8
Cukai jualan hendaklah dikenakan ke atas barang bernilai rendah yang dijual oleh orang kena cukai.
(2)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan barang bernilai rendah berdasarkan kriteria berikut:
(a)
barang atau kelas barang;
(b)
harga barang; dan
(c)
cara yang barang itu dibawa masuk ke dalam Malaysia.
(3)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat.
(4)
Akta ini hendaklah ditafsirkan bersekali dengan
Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 berkenaan dengan barang yang dibawa masuk ke Malaysia termasuk barang dalam transit dan pergerakan barang di bawah kawalan kastam atau kawalan eksais.
(5)
Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan Akta Kastam 1967 atau
Akta Eksais 1976 dengan peruntukan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.”.
Seksyen 9
Gantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut: