Skip to content

Seksyen 21

Subseksyen 83(1) Akta ibu dipinda—

of Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020

Amendment ActIn forceProvision 21 of 21
Seksyen 21

(a)

dengan menggantikan perkataan “seseorang orang berdaftar”

dengan perkataan “mana-mana orang yang bertanggungan bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “melupuskan apa-apa aset orang berdaftar” dengan perkataan “melupuskan apa-apa aset orang itu”; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan “yang diberikan oleh orang berdaftar itu” dengan perkataan “yang diberikan atau perkhidmatan bercukai diimport yang diperoleh oleh orang itu”.