Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 2016

Feedback & supportAmends the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 2016.

s 2Pindaan seksyen 1

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985

[Akta 316], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 1 dengan memotong subseksyen (3), (4) dan (5).

s 3Pindaan seksyen 4

Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah Akta ini boleh” perkataan “mengarahkan mana-mana anggota polis berpangkat tidak rendah daripada Sarjan”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH

PENCEGAHAN KHAS) (PINDAAN) 2016

Undang-Undang Malaysia 4

s 4Pindaan seksyen 5

Seksyen 5 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Pendakwa Raya boleh hadir semasa suatu siasatan di bawah perenggan (3)(c).

(3b)

Menteri boleh menetapkan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki hadir di bawah subseksyen (3).”.

s 5Seksyen baharu 5a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5

seksyen yang berikut:

“Kesalahan kerana tidak hadir untuk memberikan keterangan, dsb.

s 5aSection 5a

Bagi maksud subseksyen 5(3), mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki untuk hadir yang tanpa alasan yang munasabah gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu atau yang, setelah hadir, enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang ditujukan secara sah kepadanya, atau enggan untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam kuasanya untuk dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.”.

s 6Pindaan seksyen 6

Seksyen 6 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:

“(ha) bahawa dia hendaklah menggunakan hanya peralatan dan kemudahan komunikasi yang diisytiharkan kepada dan diluluskan oleh Ketua

Pegawai Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan bagi kawasan yang dia dikehendaki tinggal sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu;

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) (Pindaan)

5

(hb)

bahawa melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perintah sekatan itu, dia tidak boleh mengakses internet;

(hc)

bahawa hendaklah dipasang kepadanya suatu peranti pengawasan elektronik;”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Orang sekatan hendaklah dihantarkan oleh polis, dan hendaklah berada dalam jagaan polis sehingga, ke tempat yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu.”.

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985

hendaklah terus berkuat kuasa

s 7Section 7

(1)

Pindaan kepada seksyen 1 Akta ibu dalam seksyen 2 Akta ini tidak menyentuh kuat kuasa resolusi yang diluluskan di bawah subseksyen 1(4) Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini yang masih belum habis tempoh pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Walau apa pun tempoh kuat kuasa yang dinyatakan dalam resolusi yang disebut dalam subseksyen (1), apabila habis tempoh resolusi tersebut, Akta ibu hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya sebagaimana yang dipinda dalam Akta ini.