Skip to content

Seksyen 3

Peralihan

of Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 3 of 3
Seksyen 3
(1)

Dalam seksyen ini, “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2) Akta ini.

(2)

Apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang yang telah dipertuduh, sama ada atau tidak perbicaraan telah dimulakan atau telah diselesaikan, dan belum lagi disabitkan di bawah seksyen 39b

Akta ibu oleh Mahkamah yang berwibawa sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dikendalikan oleh Mahkamah yang berwibawa itu dan diteruskan di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.