Seksyen 9
of Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979
Seksyen 9
Tiap-tiap apa jua perundangan subsidiari yang dibuat atau berupa sebagai telah dibuat di bawah Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969 (kemudian daripada ini disebut dalam Akta ini "Ordinan itu") pada atau selepas 20 Februari 1971 hendaklah sah dan berkuat kuasa seolah-olah perundangan subsidiari tersebut telah dibuat di bawah peruntukan yang sesuai dalam Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuat kuasa mulai dari tarikh perundangan subsidiari tersebut mula berkuat kuasa atau berupa sebagai telah mula berkuat kuasa di bawah Ordinan itu, dan hendaklah dibaca dengan semua ubah suaian yang perlu untuk mentafsirkan perundangan subsidiari itu sebagai telah dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Apa-apa perundangan subsidiari yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dipinda, diubah suai atau dimansuhkan seolah-olah perundangan subsidiari itu telah dibuat di bawah peruntukan yang sesuai dalam Akta ini.
(3)
Apa-apa pendakwaan yang dimulakan, perbicaraan yang dijalankan, keputusan atau perintah yang diberikan, terhadap seseorang dalam mana-mana mahkamah, atau apa-apa jua prosiding lain yang telah diadakan, atau apa-apa jua perbuatan atau perkara lain yang dilakukan atau ditinggal daripada dilakukan, di bawah atau menurut Ordinan itu atau apa-apa jua perundangan subsidiari yang dibuat atau berupa sebagai telah dibuat di bawah Ordinan itu diisytiharkan sah di sisi undang-undang dan dengan ini disahkan.