Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2011
Import Duties (Validation) Act 1992
Feedback & supportValidating import duties levied and collected over a past periodThe text
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA
YANG KEMAS KINI
AKTA DUTI IMPORT
(PENGESAHAN) 1992
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
2
Tarikh Perkenan Diraja … ….
…
30 Januari 1992
Tarikh penyiaran dalam Warta
…
…
20 Februari 1992
3
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta bagi mengesahkan levi dan kutipan duti import dan untuk menanggung rugi Kerajaan Malaysia dan pegawai yang tertentu berkenaan dengan duti import yang telah dilevi dan dikutip di seluruh
Malaysia dalam tempoh dari 29 Mac 1990 hingga 22 Ogos 1991.
[21 Februari 1992]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam
Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Duti Import (Pengesahan) 1992.
s 2Pengesahan dan menanggung rugi
Walau apa pun peruntukan Akta Kastam 1967 [Akta 235], telah duti import yang dilevi dan dikutip di seluruh Malaysia sepanjang tempoh dari 29 Mac 1990 hingga 22 Ogos 1991 dan yang dikatakan telah dilevi dan dikutip di bawah kuasa Perintah Duti
Kastam 1988 [P.U. (A) 405/1987], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, dan Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 [P.U. (A)
410/1987], sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, hendaklah disifatkan sebagai telah dilevi dan dikutip dengan sah.
Tiada apa jua pun tindakan atau prosiding undang-undang hendaklah dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan
Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah mereka atau mana-mana daripada mereka berkenaan dengan apa-apa duti import yang telah dilevi atau dikutip yang duti import itu dikatakan dilevi atau dikutip
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 477
Mukadimah · Preamble
menurut kuasa Perintah Duti Kastam 1988, sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa; dan Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa; dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang telah dibawa, dimulakan dan disenggarakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan duti import yang telah dilevi atau dikutip seperti disebut terdahulu hendaklah dibuat.
________________________________
7
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA
8
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA