Skip to content

Seksyen 7

Seksyen 71 Akta ibu dipinda—

of Akta Eksais (Pindaan) 2018

Amendment ActIn forceProvision 8 of 16
Seksyen 7

(a)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) melancung atau menyebabkan dilancungkan atau memalsukan atau menyebabkan dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki di bawah Akta ini atau digunakan dalam transaksi apa-apa urusan atau perkara yang berhubungan dengan eksais, atau menggunakan atau menyebabkan digunakan atau dalam apa-apa cara membantu dalam penggunaan dokumen yang dilancungkan atau dipalsukan itu;”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “boleh, apabila disabitkan,”

dengan perkataan “melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,”; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “tujuh tahun”.

Eksais (Pindaan)

7