Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Eksais (Pindaan) 2022

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2022
Sections
11
Languages
MS · EN

Akta Eksais (Pindaan) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1670 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1670

AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1670

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

8 Oktober 2022

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

18 Oktober 2022

Hakcipta Pencetak H

Eksais (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais 1976. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Eksais (Pindaan) 2022.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan am

Akta Eksais 1976 [Akta 176], yang disebut “Akta ibu” dalam

Akta ini, dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan”, di mana-mana jua terdapat dalam subseksyen 47(2) dan perenggan 13(1)(b), 19(1)(d), 19a(1)(e)

dan 67(3a)(b), dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”; dan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1670

AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1670

(b)

dengan menggantikan perkataan “yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 91dc dan 91k, dengan perkataan

“dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah”.

Pindaan seksyen 5a

Subseksyen 5a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Mana-mana orang boleh memohon, dalam borang yang ditetapkan berserta dengan fi yang ditetapkan, kepada

Ketua Pengarah” dengan perkataan “Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah, dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bersama dengan fi yang ditetapkan,”.

Pindaan seksyen 19b

Seksyen 19b Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “mengikut borang yang ditetapkan” dengan perkataan

“dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah”.

Pindaan seksyen 20

Subseksyen 20(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah” dengan perkataan “yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah”.

Eksais (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 23

Subseksyen 23(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan yang diluluskan oleh pegawai yang hak” dengan perkataan “, dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, yang diluluskan oleh pegawai yang hak”.

Seksyen baharu 44aa dan 44ab

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44a seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk melanjutkan tempoh 44aa.  Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum tamat tempoh itu.

Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 44ab.  (1)  Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini,

Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.

(2)

Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—

(b)

tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1670

(3)

Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.

(4)

Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh

Ketua Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua Pengarah.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.”.

Pindaan seksyen 85

Seksyen 90c Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu” dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”.

Pindaan seksyen 91w

Seksyen 91w Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang-barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu”

dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”.

Common questions

What is Akta Eksais (Pindaan) 2022?
Akta Eksais (Pindaan) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1670 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Is Akta Eksais (Pindaan) 2022 still in force?
Yes — Akta Eksais (Pindaan) 2022 is currently in force.
When did Akta Eksais (Pindaan) 2022 take effect?
Akta Eksais (Pindaan) 2022 was first recorded in 2022.
How many sections does Akta Eksais (Pindaan) 2022 have?
Akta Eksais (Pindaan) 2022 contains 11 sections.
Where can I read the official version of Akta Eksais (Pindaan) 2022?
The official text of Akta Eksais (Pindaan) 2022 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.