Skip to content
In forceUpdated to 17 Oct 2025Read it in English

Act of Parliament

Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025

Feedback & supportValidating fees collected for ferry services to Thailand

The text

Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan)

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

AKTA FI (FERI PENGKALAN KUBOR)

(PENGESAHAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 2

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

7 Oktober 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

17 Oktober 2025

Hakcipta Pencetak H

Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan)

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dengan Takbai, Thailand yang ditadbir dan dikawal selia oleh

Jabatan Kerja Raya Malaysia semasa tempoh 1 Januari 1999

hingga 31 Disember 2024.

[

]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor)

(Pengesahan) 2025.

s 2Pengesahan dan tanggung rugi

(1)

Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia berkenaan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor,

Malaysia dengan Takbai, Thailand semasa tempoh 1 Januari 1999

hingga 31 Disember 2024 hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA FI (FERI PENGKALAN KUBOR)

(PENGESAHAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

(2)

Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa atau dimulakan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai

Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa atau dimulakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah, dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.