Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2015Read it in English

Act of Parliament

Fees (Malaysian Meteorological Department) (Validation) Act 2010

Feedback & supportValidating fees for meteorological services and publications

The text

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

AKTA FI (JABATAN

METEOROLOGI MALAYSIA)

Sebagaimana pada 1 Mei 2015

2

Tarikh Perkenan Diraja

… … … … 24 Januari 2011

Tarikh penyiaran dalam Warta

… … … 27 Januari 2011

3

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan dan penerbitan meteorologi oleh Jabatan

Meteorologi Malaysia selama tempoh mulai 1 Januari 1973 hingga 31 Disember 2009.

[28 Januari 2011]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Jabatan Meteorologi

Malaysia) (Pengesahan) 2011.

s 2Pengesahan dan tanggung rugi

(1)

Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Meteorologi Malaysia berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan dan penerbitan meteorologi selama tempoh mulai 1 Januari 1973 hingga 31 Disember 2009

hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipingut dengan sah.

(2)

Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut, dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 722

berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.

7

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-

8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA-