Act of Parliament · Updated to 28 Jul 2023
Akta Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023
Feedback & supportValidating fees for supplying television programmesThe text
Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan)
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
AKTA FI (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA)
(PENGESAHAN) 2023
Undang-Undang Malaysia 2
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
22 Julai 2023
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
28 Julai 2023
Hakcipta Pencetak H
Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan)
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa pembekalan program televisyen oleh Jabatan Penyiaran
Malaysia semasa tempoh mulai 15 Mac 2001 hingga 28 Februari 2022.
[
]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Jabatan Penyiaran
Malaysia) (Pengesahan) 2023.
s 2Pengesahan dan tanggung rugi
Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Penyiaran Malaysia berkenaan dengan apa-apa pembekalan program televisyen semasa tempoh mulai 15 Mac 2001 hingga 28 Februari 2022 hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA FI (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA)
(PENGESAHAN) 2023
Undang-Undang Malaysia 4
Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa atau dimulakan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai
Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa atau dimulakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah, dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.