Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Fees (National Planetarium) (Validation) Act 1998

Validating fees for entry to exhibitions at the national planetarium

The text

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

AKTA FI (PLANETARIUM

NEGARA) (PENGESAHAN) 1998

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 583 2

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … …

25 Jun 1998

Tarikh penyiaran dalam Warta… … … …

9 Julai 1998

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama

...

...

...

...

2002

Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan)

3

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi dan bayaran berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana pameran yang diadakan di Planetarium Negara selama tempoh mulai 8 Februari 1994 hingga 15 November 1997.

[10 Julai 1998]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Planetarium Negara)

(Pengesahan) 1998.

s 2Pengesahan dan penanggungan rugi

(1)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan Akta Fi 1951

[Akta 209], fi dan bayaran yang telah dikenakan dan dipungut oleh

Bahagian Kajian Sains Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana pameran yang diadakan di Planetarium Negara selama tempoh mulai 8 Februari 1994 hingga 15 November 1997, iaitu, hari sebelum tarikh Perintah Fi (Planetarium Negara) 1997

[P.U. (A) 461/1997] mula berkuat kuasa, hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.

(2)

Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya atau mana-mana daripada antara mereka

Undang-Undang Malaysia

AKTA 583 6

berkenaan dengan apa-apa fi dan bayaran yang telah dikenakan dan dipungut dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau disenggarakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi dan bayaran yang telah dikenakan dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.

Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan)

7

SENARAI PINDAAN

Undang-Undang yang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa

Meminda dari

TIADA –

Undang-Undang Malaysia

AKTA 583 8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA –