Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Akta Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan) 2004

Feedback & supportValidating fees for entry to marine parks

The text

Undang-Undang

Malaysia

Cetakan Semula

Akta FI (Taman Laut

Malaysia) (pengesahan) 2004

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia

Percetakan Nasional Malaysia Bhd 2006

2

Undang-Undang Malaysia

AKTA FI (taman Laut Malaysia)

(Pengesahan) 2004

Tarikh Perkenan Diraja … … … …

6 Ogos 2004

Tarikh penyiaran dalam Warta … …

12 Ogos 2004

Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan)

3

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana Taman Laut Malaysia selama tempoh mulai 1 Januari 1999 hingga 17 Julai 2003.

[13 Ogos 2004]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Taman Laut Malaysia)

(Pengesahan) 2004.

s 2Pengesahan dan tanggung rugi

(1)

Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Perikanan Malaysia berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana Taman Laut

Malaysia selama tempoh mulai 1 Januari 1999 hingga 17 Julai 2003, iaitu hari sebelum tarikh mula berkuat kuasa Perintah Fi

(Taman Laut Malaysia) 2003 [P.U. (A) 266/2003], hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.

(2)

Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut, dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau disenggarakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.



Undang-Undang Malaysia

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

TIADA ­ –

Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan)



SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA –