Skip to content

Seksyen 5

Kecualian dan peralihan

of Akta Had Masa (Pindaan) 2018

Amendment ActIn forceProvision 5 of 5
Seksyen 5
(1)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini apa-apa kausa tindakan bagi suatu tindakan di bawah seksyen 6a telah terakru, peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

(2)

Apa-apa tindakan atau prosiding yang telah dimulakan atau belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.