Skip to content

Seksyen 16

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26

of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 17 of 39
Seksyen 16

seksyen yang berikut:

“Pemberitahuan sukarela hak cipta

Quoted provision

Seksyen 26a

(1)

Suatu pemberitahuan hak cipta dalam apa-apa karya boleh dibuat kepada Pengawal oleh atau bagi pihak pencipta karya, pemunya hak cipta karya, pemegang serah hak hak cipta, atau seseorang yang telah diberi kepentingan dalam hak cipta melalui lesen.

(2)

Suatu pemberitahuan hak cipta tidak boleh dilayan melainkan jika fi yang ditetapkan telah dibayar kepada

Pengawal.

(3)

Suatu pemberitahuan hak cipta hendaklah mengandungi butiran yang berikut:

(a)

nama, alamat dan kewarganegaraan pemunya hak cipta;

(b)

suatu akuan berkanun bahawa pemohon ialah pencipta karya, atau pemunya hak cipta karya, atau pemegang serah hak hak cipta, atau seseorang yang telah diberi kepentingan dalam hak cipta melalui lesen;

(c)

kategori karya;

(d)

tajuk karya;

(e)

nama pencipta dan, jika pencipta telah meninggal dunia, tarikh kematian pencipta itu, jika diketahui;

(f)

dalam hal karya yang telah diterbitkan, tarikh dan tempat penerbitan yang pertama; dan

(g)

apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Menteri.

Quoted provision

Seksyen 26b

Daftar Hak Cipta

(1)

Pengawal hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar yang dinamakan Daftar Hak Cipta.

Hak Cipta (Pindaan)

(2)

Daftar Hak Cipta hendaklah mengandungi semua butiran berhubungan dengan hak cipta dalam sesuatu karya sebagaimana yang diberitahu kepada Pengawal di bawah seksyen 26a.

(3)

Daftar Hak Cipta hendaklah disimpan mengikut apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahantara yang ditentukan oleh

Menteri.

(4)

Mana-mana orang boleh memeriksa Daftar Hak

Cipta pada bila-bila masa dan atas apa-apa syarat yang ditentukan oleh Menteri, dan boleh mendapatkan petikan yang diperakui sah daripada Daftar apabila dibayar fi yang ditetapkan.

(5)

Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh memperakui sah petikan benar daripada Daftar Hak Cipta yang hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai butiran yang dicatatkan dalamnya dan petikan daripada Daftar Hak Cipta yang diperakui sah itu hendaklah boleh diterima di semua mahkamah.

Quoted provision

Seksyen 26c

Pindaan kepada Daftar Hak Cipta

(1)

Pengawal boleh membetulkan apa-apa kesilapan perkeranian dalam mana-mana catatan yang dibuat dalam

Daftar Hak Cipta.

(2)

Mana-mana orang yang berkepentingan boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi—

(a)

membetulkan apa-apa kesilapan dalam catatan dalam

Daftar; atau

(b)

memadamkan atau meminda apa-apa catatan yang dibuat secara salah dalam atau yang masih ada dalam

Daftar, dan apa-apa pembetulan, pemadaman atau pindaan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “mahkamah” ertinya Mahkamah

Tinggi yang berkenaan di Malaysia.”.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1420