Seksyen 2
Kaedah baharu 11A dan 11B
of Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata Negeri Sembilan (Pindaan) 2020
Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata Negeri Sembilan 2016 [N.S. P.U. 2/2016], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 11 kaedah yang berikut:
“Cukai bagi petak atau blok sementara
Quoted provision
Seksyen 11A
Cukai bagi sesuatu petak atau blok sementara di bawah subseksyen 23C(1) Akta adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual
VI dan Jadual VII.
(2)
Pengiraan cukai bagi petak atau blok sementara yang disebut dalam subkaedah (1) adalah tertakluk kepada skala pengubahan seperti yang berikut:
[(Luas petak utama X kadar bagi petak utama) + (Luas petak aksesori X *kadar bagi petak aksesori)] X **Nisbah kepadatan guna tanah
*Kadar bagi petak aksesori adalah separuh daripada kadar petak utama.
** Nisbah kepadatan = Luas hakmilik induk guna tanah
Luas keseluruhan petak atau blok sementara
Quoted provision
Seksyen 11B
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengubah kadar cukai bagi petak atau blok sementara
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengubah kadar cukai bagi petak atau blok sementara sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual VI dan