26. Pindaan seksyen 57
Feedback & supportSeksyen 57 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan sebelum perkataan “boleh diarahkan melalui ketetapan sebulat suara” perkataan
“selepas memastikan bahawa tiada hasil tanah yang tertunggak”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “pecah bahagian bangunan” perkataan “atau tanah”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Pendaftar” dengan perkataan “dan sekiranya Pendaftar berpuas hati, dia”;
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “bangunan” perkataan “atau tanah”;
Hakmilik Strata (Pindaan)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perenggan (d)
dengan perenggan yang berikut:
“(d) bekas pemilik itu boleh melalui ketetapan sebulat suara mengarahkan perbadanan pengurusan—
memindahkan lot itu kepada seorang atau beberapa orang daripada bekas pemilik itu atau kepada mana-mana orang atau badan lain; dan
menentukan tempoh masa yang munasabah bagi perbadanan pengurusan terus wujud bagi menyelesaikan hal ehwalnya; dan”;
dalam subseksyen (6)—
dalam perenggan (a)—
d e n g a n m e n g g a n t i k a n p e r k a t a a n
“menggulungkan” dengan perkataan
“menyelesaikan”; dan
dengan memotong perkataan “dan” selepas perkataan “dari wujud;”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) memberitahu Pendaftar suatu tarikh perbadanan pengurusan itu hendaklah terhenti kewujudannya; dan”; dan
dalam subseksyen (8)—
dalam takrif “bekas pemegang gadaian”, dengan memasukkan selepas perkataan “bangunan”, di mana-mana jua terdapat, perkataan “atau tanah”; dan
dalam takrif “bekas pemilik”—
dengan menggantikan perkataan “bangunan yang dipecah bahagi” dengan perkataan
Undang-Undang Malaysia 26
“bangunan atau tanah yang dipecah bahagi”;
dan
dengan memasukkan selepas perkataan “petak dalam bangunan” perkataan “atau tanah”.