6. Seksyen baharu 4c
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4b seksyen yang berikut:
“Permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara, dsb.
s 4cSection 4c
Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah
Negara, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh bagi permulaan kuat kuasa cukai bagi petak atau blok sementara di mana-mana Negeri.
Apabila mula berkuat kuasa pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara di mana-mana Negeri—
peruntukan Bahagian IVa hendaklah terpakai;
peruntukan bagi Akta ini hendaklah—
setakat mana peruntukan itu berkait dengan tatacara bagi pelaksanaan cukai bagi petak atau blok sementara dan untuk maksud yang berkaitan dengannya; dan
setakat mana peruntukan itu berkait dengan endorsan yang perlu dibuat atau perkara lain bersampingan dengannya untuk menguatkuasakan cukai bagi petak atau blok sementara, kepada dokumen hakmilik strata atau daftar strata, dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVa.”.