Amendment Act · As enacted
Akta Industri Pelancongan (Pindaan) 2018
Feedback & supportAmends the Tourism Industry Act 1992Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Industri Pelancongan
(Pindaan) 2018.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif
“premis penginapan”, dengan menggantikan perkataan “dan rumah pemalaman,” dengan perkataan “, rumah pemalaman, dan struktur lain sama ada kekal atau sementara,”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN (PINDAAN) 2018
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Pindaan seksyen 5
Subseksyen 5(3) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “lima ratus ribu”; dan
dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”.
s 4Pindaan seksyen 8
Seksyen 8 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“Pembatalan” dengan perkataan “Penggantungan atau pembatalan”;
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Pesuruhjaya boleh” perkataan “menggantung atau”;
dalam subseksyen (2)—
dengan memasukkan selepas perkataan “Sebelum”
perkataan “menggantung atau”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “patut”
perkataan “digantung atau”;
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “untuk” perkataan “menggantung atau”;
dalam subseksyen (4)—
dengan menggantikan perkataan “Pembatalan” dengan perkataan “Penggantungan atau pembatalan”;
dalam perenggan (a)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“terhadap” perkataan “penggantungan atau”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“notis” perkataan “penggantungan atau notis”;
Industri Pelancongan (Pindaan)
dalam perenggan (b)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“terhadap” perkataan “penggantungan atau”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“apabila” perkataan “penggantungan atau”;
dalam subseksyen (5)—
dengan memasukkan selepas perkataan “terhadap”
perkataan “penggantungan atau”;
dengan memasukkan selepas perkataan “lesennya”
perkataan “digantung atau”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “dan”
perkataan “penggantungan atau”;
dalam subseksyen (7)—
dengan memasukkan selepas perkataan “Jika”
perkataan “penggantungan atau”;
dengan memasukkan selepas perkataan “menyebabkan”
perkataan “penggantungan atau”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “Inggeris”
perkataan “atau media elektronik, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya,”; dan
dalam subseksyen (8)—
dengan memasukkan selepas perkataan “notis”
perkataan “penggantungan atau notis”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “keesahan”
perkataan “penggantungan atau”.
s 5Pindaan seksyen 9
Subseksyen 9(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“pembatalan” dengan perkataan “penggantungan atau pembatalan”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “notis keengganan”
perkataan “, penggantungan”.
Undang-Undang Malaysia 6
s 6Pindaan seksyen 10
Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (3).
s 7Pindaan seksyen 11
Seksyen 11 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“Kesan” perkataan “penggantungan,”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Jika penggantungan sesuatu lesen di bawah seksyen 8 telah mula berkuat kuasa, maka pengusahaan pelancongan berlesen itu tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu dalam tempoh penggantungan itu.”; dan
dalam subseksyen (2)—
dengan memasukkan selepas perkataan
“subseksyen (1)” perkataan “atau (1a)”;
dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu”
dengan perkataan “lima ratus ribu”; dan
dengan menggantikan perkataan “lima tahun”
dengan perkataan “sepuluh tahun”.
s 8Pindaan seksyen 15
Subseksyen 15(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu” dengan perkataan “lima puluh ribu”.
s 9Pindaan seksyen 32
Seksyen 32 Akta ibu dipinda—
dengan memotong subseksyen (3); dan
Industri Pelancongan (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.”.
s 10Pindaan seksyen 34
Seksyen 34 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”.
s 11Pindaan seksyen 37
Seksyen 37 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“lima ribu” dengan perkataan “lima puluh ribu”.
s 12Pindaan seksyen 39
Subseksyen 39(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Pesuruhjaya boleh” perkataan “, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya,”.
s 13Penggantian seksyen 49
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 49 dengan seksyen yang berikut:
s 49“Pendakwaan
Tiada pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis, Pendakwa Raya.”.