Amendment Act · As enacted
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012
Amends the Educational Institutions (Discipline) Act 1976Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi-Institusi
Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 2
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memotong takrif “Kampus”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN
(TATATERTIB) (PINDAAN) 2012
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Penggantian seksyen 10
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut:
Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar
Institusi boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.
Seseorang pelajar Institusi tidak boleh—
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang Menteri, selepas berunding dengan Ketua
Eksekutif, menetapkan dan menyatakan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu;
atau
terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus.
Seseorang pelajar Institusi dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang Menteri, selepas berunding dengan Ketua Eksekutif, menetapkan dan menyatakan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau
Institusi itu.
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan)
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar Institusi tidak boleh dihalang daripada—
membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan
sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Institusi itu.
Institusi hendaklah mengawal selia aktiviti pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi di dalam kampus.”.
Semua tindakan tatatertib yang belum selesai di bawah subseksyen 10(7) Akta ibu yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 10(1)(a) dan 10(5)(a) Akta ibu terhadap mana-mana pelajar Institusi hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.
Semua tindakan yang belum selesai di bawah seksyen 9
Akta ibu yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 10(5)(a) Akta ibu terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Institusi hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.