Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2019

Feedback & supportAmends the Educational Institutions (Discipline) Act 1976

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi-Institusi Pelajaran

(Tatatertib) (Pindaan) 2019.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 10

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 10(2)—

(a)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “atau”;

(b)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“; atau” dengan noktah; dan

(c)

dengan memotong perenggan (c).

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN

(TATATERTIB) (PINDAAN) 2019

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Kecualian

Semua tindakan tatatertib terhadap mana-mana pelajar

Institusi yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 10(2)(c) Akta ibu yang belum selesai di hadapan pihak berkuasa tatatertib sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.