Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014

Amends the Private Higher Educational Institutions Act 1996

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi Pendidikan Tinggi

Swasta (Pindaan) 2014.

s 2Pindaan Bahagian IV

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam Bahagian IV dengan memotong seksyen 22.

s 3Pindaan seksyen 23

Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata di bawah seksyen 21 dan 22” dengan perkataan “Bagi mengelakkan keraguan,”.

UNDANG-UNDANG malaysia

akta institusi pendidikan tinggi swasta

(Pindaan) 2014

Undang-Undang Malaysia 4

s 4Kecualian dan peralihan

Semua pelawaan yang telah dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 22 Akta ibu dan permohonan yang dibuat menurut pelawaan itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah seksyen 22

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.