Amendment Act · As enacted
Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025
Changes to the law on streets, drainage and buildingsOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jalan, Parit dan Bangunan
(Pindaan) 2025.
Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri berhubung dengan sesuatu Negeri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri itu, melalui pemberitahuan dalam
Warta dan Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa
Undang-Undang Malaysia
AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN
(PINDAAN) 2025
Undang-Undang Malaysia 4
Negeri, menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa
Akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan.
Akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Labuan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui pemberitahuan dalam Warta.
Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta—
mengecualikan mana-mana bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan daripada mana-mana peruntukan
Akta ini; dan
meluaskan mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini supaya terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana kawasan atau bahagian mana-mana kawasan dalam Negeri itu yang bukan di bawah mana-mana pihak berkuasa tempatan.
s 2Pindaan seksyen 47
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 47—
dalam subseksyen (1)—
dengan menggantikan perkataan “lima ratus ringgit”
dengan perkataan “dua ribu ringgit”; dan
dengan menggantikan perkataan “satu ribu ringgit”
dengan perkataan “tiga ribu ringgit”; dan
Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“Perintah khidmat masyarakat
Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan boleh, sebagai tambahan kepada denda yang ia boleh kenakan di bawah subseksyen (1), membuat suatu perintah khidmat masyarakat yang menghendaki orang yang disabitkan itu, untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi dua belas jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Sebelum membuat perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1a), mahkamah hendaklah—
menimbangkan keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan itu, jika wajar baginya untuk melaksanakan khidmat masyarakat; dan
menerangkan kepada orang yang disabitkan itu dalam bahasa biasa—
kesan perintah khidmat masyarakat itu;
dan
akibat tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat itu.
Mana-mana pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh pihak berkuasa tempatan itu hendaklah, selepas suatu perintah khidmat masyarakat dibuat di bawah subseksyen (1a), menentukan masa dan tempat bagi pelaksanaan khidmat masyarakat itu dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan oleh orang yang disabitkan itu, dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memaklumkan orang yang disabitkan yang diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu mengenai masa dan tempat itu, dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan.
Undang-Undang Malaysia 6
Dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu, pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan itu hendaklah diawasi oleh pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh pihak berkuasa tempatan itu.
Pengawasan oleh pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh pihak berkuasa tempatan itu terhadap pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan di bawah subseksyen (1d) hendaklah mengikut cara sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam apa-apa undang-undang kecil yang dibuat di bawah
Akta ini.
Pihak berkuasa tempatan boleh membuat undang-undang kecil—
untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan di bawah suatu perintah khidmat masyarakat;
untuk menetapkan cara pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen (1a)
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Jika suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1a) dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), peruntukan yang berhubungan dengan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] hendaklah terpakai.”.
Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan)
s 3Pindaan seksyen 48
Seksyen 48 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan sebelum takrif “kereta” takrif yang berikut:
‘ “kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;’; dan
dengan memasukkan selepas takrif “kereta” takrif yang berikut:
‘ “khidmat masyarakat” ertinya suatu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar yang dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan suatu tempat awam;’.
s 4Seksyen baharu 125a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 125
seksyen yang berikut:
“Kuasa pengawasan khidmat masyarakat 125a.
Seseorang pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh pihak berkuasa tempatan itu hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 47(1a).”.