Skip to content

Seksyen 15

Peruntukan peralihan

of Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024

Amendment ActIn forceProvision 15 of 15
Seksyen 15
(1)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, mana-mana orang selain juruukur tanah berlesen atau juruukur Kerajaan yang sedang menjalankan apa-apa ukur geomatik hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—

(a)

memohon kepada Lembaga supaya namanya dimasukkan dalam Daftar mengikut seksyen 9 Akta ibu; dan

(b)

memohon kepada Lembaga bagi suatu lesen untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruukur tanah berlesen dikeluarkan kepadanya mengikut seksyen 10

Akta ibu.

(2)

Sementara menunggu mana-mana permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) ditentukan, pemohon boleh terus menjalankan ukur geomatiknya dan Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut berhubung dengan penjalanan ukur geomatik itu.

(3)

Jika mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1)

ditolak, pemohon hendaklah berhenti menjalankan ukur geomatik itu dari tarikh pemohon itu diberitahu mengenai penolakan itu dan Lembaga boleh memberikan apa-apa arahan kepada pemohon sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut berhubung dengan pemberhentian ukur geomatik oleh pemohon.