Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017

Amends the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kawalan Harga dan

Antipencatutan (Pindaan) 2017.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Seksyen baharu 10b dan 10c

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10a seksyen yang berikut:

“Pempameranan harga atau caj termasuk cukai kerajaan, dsb.

s 10bSection 10b

(1)

Jika dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan oleh Menteri, mana-mana orang mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut atau menyebabkan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN

(PINDAAN) 2017

Undang-Undang Malaysia 4

untuk dipamerkan, diiklankan, disiarkan atau disebut harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, mengikut apa-apa cara, orang itu hendaklah memasukkan dalam harga atau caj itu—

(a)

kecuali jika suatu kelulusan di bawah subseksyen 9(7)

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762]

telah diperoleh, semua cukai, duti dan caj kerajaan;

dan

(b)

semua caj lain yang hendak dikenakan oleh orang itu ke atas barangan atau perkhidmatan itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.

Kuasa Pengawal untuk mendapatkan maklumat 10c.  (1)  Pengawal boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan untuk memberi Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa penyata, dokumen atau maklumat yang mengandungi harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang dikenakan oleh orang itu dan apa-apa maklumat lain yang difikirkan perlu oleh Pengawal.

(2)

Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan apa-apa penyata, dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1)

hendaklah memberikan penyata, dokumen atau maklumat yang benar, tepat dan lengkap.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan.”.

s 3Pindaan seksyen 28

Subseksyen 28(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bagi maksud” perkataan “memeriksa,”.